Ini sebahagian daripada kerja-kerja radio saya. Lebih banyak akan ditambah dari semasa ke semasa.
Maxis Power of ONE Radio BM 2016
Hotlink ECEM Jingle BM 2017
Hotlink ECEM 10GB Jingle BM 2016
Hotlink 5Friendz Jingle BM 2016
Hotlink 5Friendz Jingle BM 2017
Maxis Power of ONE Radio BM 2017
Tuesday, March 28, 2017
Sunday, July 10, 2016
5 Penemuduga Berkongsi Sesi Temuduga ‘Mind Blowing’ Mereka Pernah Lalui dan Pengajaran di Sebaliknya
Nota: Ini merupakan write-up saya berkenaan kerjaya untuk SarawakYES!, sebuah inisiatif oleh AZAM bagi menggalakkan potensi anak-anak Sarawak dalam pembangunan karier. Artikel ini telah disunting dengan pembetulan terhadap ejaan dan tatabahasa. Artikel asal boleh ditemui di sini.
Sepanjang hujung minggu lepas, SarawakYES! telah berkesempatan mengumpul kisah-kisah yang berlaku di bilik temuduga untuk dijadikan panduan dan pengajaran kepada mereka yang sedang mencari pekerjaan. Kisah – kisah ini telah dikongsikan bersama oleh pihak penemuduga dan kami di SarawakYES! berharap penulisan ini akan dimanfaatkan anda semua.
“Sijil beliau semuanya dibingkaikan dan dibawa masuk ke bilik temuduga”
*Eric, 30 tahun, Eksekutif Bahagian Sumber Manusia.
“Sudah menjadi satu kebiasaan untuk organisasi di mana saya bekerja mengadakan sesi temuduga setiap 4 bulan memandangkan ramai kakitangan yang berkerja secara separuh masa dan berhenti selepas 3-4 bulan (kebanyakannya pelajar kolej/universiti).
Ada suatu ketika, kami menerima permohonan daripada seorang lepasan SPM dan berdasarkan resume yang diterima, beliau tampak layak untuk dipanggil temuduga. Jadi, pihak kami membuat keputusan untuk memanggil beliau. Pada hari tersebut, beliau kelihatan seperti calon-calon lain dan panel penemuduga merasakan tiada apa-apa yang luar biasa….. sehinggalah sijil-sijil beliau dikeluarkan.
Semuanya siap dibingkaikan! Suasana menjadi kekok sebentar, sebelum beliau bercerita segala pencapaian sewaktu di sekolah. Saya bukanlah hendak menjadi seorang yang prejudis, tetapi ini sangat aneh. Semua orang faham akan keperluan untuk menonjol sewaktu temuduga, tetapi tidaklah sehingga suasana menjadi kekok seperti ini. Saya lihat panel penemuduga lain sudah hilang minat. Akhir cerita, tiada tawaran kerja diberikan kepada beliau.”
“Beliau enggan berbahasa Inggeris”
*Marina, 42, Pegawai Pemasaran & Periklanan
“Saya telah menemuduga seorang graduan yang baharu saja menamatkan pengajian beliau 5 bulan sebelum itu. Elok saja saya nak menanyakan soalan, beliau awal-awal lagi memberitahu dia tak fasih berbahasa Inggeris dan sekiranya ditawarkan bekerja di sini, beliau tidak akan berbahasa Inggeris sama sekali!
Saya terpaku. Saya tak pasti sama ada beliau benar-benar maksudkannya atau menguji saya. Dalam industri ini, penguasaan Bahasa Inggeris yang mantap adalah sangat penting apabila melibatkan komunikasi dan operasi (apatah lagi jika bekerja dengan syarikat bertaraf antarabangsa) dan sekiranya anda enggan … tiada siapa pun dapat bantu anda. Jadi ingatlah, Bahasa Inggeris itu penting. Berusahalah untuk menguasainya sebelum anda tamat pengajian dan anda akan dapati nasihat saya ini ada betulnya. Selamat berjaya.”
“Mengutuk bekas majikan di dalam temuduga bukanlah tindakan bijak”
*Roman, 33, Pengurus
“Jangan burukkan bekas majikan anda semasa ditemuduga, tidak sama sekali. Saya telah menemuduga seorang calon yang mengeji bekas majikan dengan bersungguh-sungguh. Rasanya, separuh daripada sesi itu dihabiskan dengan mengutuk. Adakah saya mengambil beliau bekerja? Tidak! Saya tak perlu meletakkan risiko diri saya dan syarikat diaibkan oleh beliau di temuduga lain (atau di atas talian, kerana beliau ada menyebut beliau menulis blog) selepas mengambil beliau kerja di sini.
Sekiranya kamu berhasrat untuk meninggalkan majikan kamu sekarang dan sertai orang lain, tidak perlu untuk memburukkan majikan anda kerana kami tak peduli pun tentang keburukan mereka. Kami menilai kamu dan pencapaian kamu. Kami nak tengok sama ada kamu layak dan menepati kriteria kami cari. Senang saja, datang temuduga, jual kehebatan diri kamu, tapi elakkan dari menceritakan keburukan orang lain.Be the nice guy, even if you have to pretend like one.”
“Beliau mengatakan portfolio yang kelam-kabut itu sebagai work in progress”
*Jefry, 40 tahun, Pengarah Kreatif
“Temuduga adalah proses penting untuk kami mengenali calon yang berpotensi. Oleh itu, kami mengharapkan calon datang bersedia segenap segi. Saya tidak gemar temuduga yang dilangsungkan kelam-kabut dan tidak terurus. Kalau berjalan lancar, semua pihak akan senang dan gembira.
“Beberapa tahun lepas, saya telah menerima permohonan daripada seorang calon yang memohon jawatan penulis di organisasi ini. Pada hari temuduga, beliau tiba lewat hampir sejam. Ah, ini mengecewakan. Baiklah, saya beri lagi peluang. Temuduga berlalu dengan biasa-biasa sahaja. Kemudian saya meminta portfolio beliau untuk saya nilai.
Sekali lagi saya kecewa. Portfolio beliau caca-marba. Setiap kerja tidak diberikan penerangan yang baik. Kesalahan ejaan dan tatabahasa merata-rata. Apabila saya mengkritik dan menunjukkan kesilapan, beliau terus menjadi defensive dan meyakinkan saya yang portfolio beliau sebagai ‘work in progress’. Saya yakin beliau datang tidak bersedia dan sekadar bergantung kepada nasib. Saya jadi kasihan, lantas sesi temuduga bertukar menjadi sesi kaunseling untuk menasihati beliau untuk memandang temuduga sebagai sesuatu yang serius. Saya turut meninggalkan tip untuk mempertingkatkan portfolio beliau, kerana dalam industri kami (sebenarnya, dalam mana-mana industri sekali pun), portfolio adalah ‘golden ticket’ untuk diterima bekerja.
“Tidak memahami keperluan digariskan oleh penemuduga”
*Hasan, 36, Penulis Kanan
“Sebelum menghadiri temuduga, pastikan anda memahami kehendak yang diperlukan oleh panel penemuduga. Kegagalan memahami dan memenuhinya akan menyebabkan kekeliruan serta menyebabkan masa terbazir, seperti seorang calon yang pernah saya temuduga untuk jawatan penulis bahasa Melayu.
Sebelum ditemuduga, calon dihendaki untuk menjalani ujian bertulis. Apa yang mengejutkan kami semasa temuduga tersebut adalah kesemua jawapan adalah dalam Bahasa Inggeris, walhal ujian adalah dalam Bahasa Melayu. Tambahan lagi, jawatan yang dipohon adalah penulis Bahasa Melayu!
Apabila ditanya, beliau menjawab ini adalah cubaan ‘thinking outside of the box’ beliau. Saya tahu mungkin ini cubaan beliau untuk tampil kreatif, tapi sekiranya anda tidak dapat memenuhi arahan dan apa yang dipinta, minta maaf sahaja kerana kami tak boleh terima. Saya tamatkan sesi lebih awal daripada dijangkakan kerana beliau tidak dapat memenuhi apa yang kami cari. Amat sayang sekali.
*Nama – nama penemuduga telah diubah bagi tujuan penulisan artikel ini.
Sepanjang hujung minggu lepas, SarawakYES! telah berkesempatan mengumpul kisah-kisah yang berlaku di bilik temuduga untuk dijadikan panduan dan pengajaran kepada mereka yang sedang mencari pekerjaan. Kisah – kisah ini telah dikongsikan bersama oleh pihak penemuduga dan kami di SarawakYES! berharap penulisan ini akan dimanfaatkan anda semua.
“Sijil beliau semuanya dibingkaikan dan dibawa masuk ke bilik temuduga”
*Eric, 30 tahun, Eksekutif Bahagian Sumber Manusia.
“Sudah menjadi satu kebiasaan untuk organisasi di mana saya bekerja mengadakan sesi temuduga setiap 4 bulan memandangkan ramai kakitangan yang berkerja secara separuh masa dan berhenti selepas 3-4 bulan (kebanyakannya pelajar kolej/universiti).
![]() |
| Dia bingkaikan semua sijil dia, biar betul! |
Ada suatu ketika, kami menerima permohonan daripada seorang lepasan SPM dan berdasarkan resume yang diterima, beliau tampak layak untuk dipanggil temuduga. Jadi, pihak kami membuat keputusan untuk memanggil beliau. Pada hari tersebut, beliau kelihatan seperti calon-calon lain dan panel penemuduga merasakan tiada apa-apa yang luar biasa….. sehinggalah sijil-sijil beliau dikeluarkan.
Semuanya siap dibingkaikan! Suasana menjadi kekok sebentar, sebelum beliau bercerita segala pencapaian sewaktu di sekolah. Saya bukanlah hendak menjadi seorang yang prejudis, tetapi ini sangat aneh. Semua orang faham akan keperluan untuk menonjol sewaktu temuduga, tetapi tidaklah sehingga suasana menjadi kekok seperti ini. Saya lihat panel penemuduga lain sudah hilang minat. Akhir cerita, tiada tawaran kerja diberikan kepada beliau.”
“Beliau enggan berbahasa Inggeris”
*Marina, 42, Pegawai Pemasaran & Periklanan
“Saya telah menemuduga seorang graduan yang baharu saja menamatkan pengajian beliau 5 bulan sebelum itu. Elok saja saya nak menanyakan soalan, beliau awal-awal lagi memberitahu dia tak fasih berbahasa Inggeris dan sekiranya ditawarkan bekerja di sini, beliau tidak akan berbahasa Inggeris sama sekali!
![]() |
| Bahasa Inggeris? Tak mahu. |
Saya terpaku. Saya tak pasti sama ada beliau benar-benar maksudkannya atau menguji saya. Dalam industri ini, penguasaan Bahasa Inggeris yang mantap adalah sangat penting apabila melibatkan komunikasi dan operasi (apatah lagi jika bekerja dengan syarikat bertaraf antarabangsa) dan sekiranya anda enggan … tiada siapa pun dapat bantu anda. Jadi ingatlah, Bahasa Inggeris itu penting. Berusahalah untuk menguasainya sebelum anda tamat pengajian dan anda akan dapati nasihat saya ini ada betulnya. Selamat berjaya.”
“Mengutuk bekas majikan di dalam temuduga bukanlah tindakan bijak”
*Roman, 33, Pengurus
“Jangan burukkan bekas majikan anda semasa ditemuduga, tidak sama sekali. Saya telah menemuduga seorang calon yang mengeji bekas majikan dengan bersungguh-sungguh. Rasanya, separuh daripada sesi itu dihabiskan dengan mengutuk. Adakah saya mengambil beliau bekerja? Tidak! Saya tak perlu meletakkan risiko diri saya dan syarikat diaibkan oleh beliau di temuduga lain (atau di atas talian, kerana beliau ada menyebut beliau menulis blog) selepas mengambil beliau kerja di sini.
![]() |
| Kamu ni biar betul nak mengumpat di sini… |
Sekiranya kamu berhasrat untuk meninggalkan majikan kamu sekarang dan sertai orang lain, tidak perlu untuk memburukkan majikan anda kerana kami tak peduli pun tentang keburukan mereka. Kami menilai kamu dan pencapaian kamu. Kami nak tengok sama ada kamu layak dan menepati kriteria kami cari. Senang saja, datang temuduga, jual kehebatan diri kamu, tapi elakkan dari menceritakan keburukan orang lain.Be the nice guy, even if you have to pretend like one.”
“Beliau mengatakan portfolio yang kelam-kabut itu sebagai work in progress”
*Jefry, 40 tahun, Pengarah Kreatif
“Temuduga adalah proses penting untuk kami mengenali calon yang berpotensi. Oleh itu, kami mengharapkan calon datang bersedia segenap segi. Saya tidak gemar temuduga yang dilangsungkan kelam-kabut dan tidak terurus. Kalau berjalan lancar, semua pihak akan senang dan gembira.
![]() |
| Ye ke work in progress ni? |
“Beberapa tahun lepas, saya telah menerima permohonan daripada seorang calon yang memohon jawatan penulis di organisasi ini. Pada hari temuduga, beliau tiba lewat hampir sejam. Ah, ini mengecewakan. Baiklah, saya beri lagi peluang. Temuduga berlalu dengan biasa-biasa sahaja. Kemudian saya meminta portfolio beliau untuk saya nilai.
Sekali lagi saya kecewa. Portfolio beliau caca-marba. Setiap kerja tidak diberikan penerangan yang baik. Kesalahan ejaan dan tatabahasa merata-rata. Apabila saya mengkritik dan menunjukkan kesilapan, beliau terus menjadi defensive dan meyakinkan saya yang portfolio beliau sebagai ‘work in progress’. Saya yakin beliau datang tidak bersedia dan sekadar bergantung kepada nasib. Saya jadi kasihan, lantas sesi temuduga bertukar menjadi sesi kaunseling untuk menasihati beliau untuk memandang temuduga sebagai sesuatu yang serius. Saya turut meninggalkan tip untuk mempertingkatkan portfolio beliau, kerana dalam industri kami (sebenarnya, dalam mana-mana industri sekali pun), portfolio adalah ‘golden ticket’ untuk diterima bekerja.
“Tidak memahami keperluan digariskan oleh penemuduga”
*Hasan, 36, Penulis Kanan
“Sebelum menghadiri temuduga, pastikan anda memahami kehendak yang diperlukan oleh panel penemuduga. Kegagalan memahami dan memenuhinya akan menyebabkan kekeliruan serta menyebabkan masa terbazir, seperti seorang calon yang pernah saya temuduga untuk jawatan penulis bahasa Melayu.
Sebelum ditemuduga, calon dihendaki untuk menjalani ujian bertulis. Apa yang mengejutkan kami semasa temuduga tersebut adalah kesemua jawapan adalah dalam Bahasa Inggeris, walhal ujian adalah dalam Bahasa Melayu. Tambahan lagi, jawatan yang dipohon adalah penulis Bahasa Melayu!
Apabila ditanya, beliau menjawab ini adalah cubaan ‘thinking outside of the box’ beliau. Saya tahu mungkin ini cubaan beliau untuk tampil kreatif, tapi sekiranya anda tidak dapat memenuhi arahan dan apa yang dipinta, minta maaf sahaja kerana kami tak boleh terima. Saya tamatkan sesi lebih awal daripada dijangkakan kerana beliau tidak dapat memenuhi apa yang kami cari. Amat sayang sekali.
![]() |
| Uh… okay… outside of the box kata kamu ye. |
Apakah yang patut saya lakukan selepas ditemuduga?
Nota: Ini merupakan write-up saya berkenaan kerjaya untuk SarawakYES!, sebuah inisiatif oleh AZAM bagi menggalakkan potensi anak-anak Sarawak dalam pembangunan karier. Artikel ini telah disunting dengan pembetulan terhadap ejaan dan tatabahasa. Artikel asal boleh ditemui di sini.
1. “No duty is more urgent than that of returning thanks.”
3. Mohon untuk terus kekal berhubung
4. Buat susulan selepas seminggu dua temuduga tamat.
Ini merupakan sambungan daripada tip pertama. Tidak salah untuk bertanya keputusan kepada mereka. Anda ingin tahu keputusan temuduga anda dan ini adalah normal. Ini juga penting untuk memberitahu mereka anda serius tentang jawatan dipohon. Anda tidak ingin buang masa dan sekurang-kurangnya jika tidak berjaya, anda boleh memikirkan langkah seterusnya. Jika tidak berjaya, tanyalah kepada mereka apakah yang anda perlu perbaiki di masa hadapan. Tetapi jangan pula menghubungi mereka setiap hari kerana ia menjengkelkan.
5. Elakkan daripada bercakap atau komen tentang temuduga atau syarikat di rangkaian sosial
Ini penting! Di zaman serba canggih ini, majikan membuat pemeriksaan latar belakang calon di Internet sebelum menawarkan pekerjaan. Sekiranya anda mengatakan sesuatu yang kurang elok tentang mereka, anda mungkin menjejaskan peluang anda, apatah lagi jika anda sebenarnya melepasi temuduga dan mempunyai resume yang cemerlang. Majikan tidak mahu pekerja yang memburukkan syarikat, sudah tentulah mereka ingin elakkan daripada mempunyai calon yang yang serupa. Ingatlah, maklumat mengenai anda amat mudah didapati di Internet. Jadi, berfikir masak-masak sebelum meletakkan sebarang komen yang boleh menjejaskan peluang anda.
Sebagai rumusannya, untuk bersaing dengan calon-calon lain, kita perlu menjadi proaktif dalam mengejar jawatan yang diingini. Kekalkan hubungan yang baik secara berterusan dengan bakal majikan dan tunjukkan minat untuk menyertai organisasi tersebut walaupun selepas proses temuduga. Namun demikian, lakukan dengan berhati-hati supaya anda nampak profesional.
Baru sahaja melalui proses temuduga? Tahniah kerana berjaya sampai ke peringkat ini! Eh, tetapi apakah yang perlu saya lakukan selepas ini?Adakah memadai untuk saya menunggu sahaja jawapan daripada pihak penemuduga?Jawapannya: TIDAK. Masih ada yang boleh dilakukan untuk mencerahkan peluang anda.
![]() |
| Tinggalkan bilik temuduga dengan bergaya dengan harapan anda berjaya! |
Kita sering terlupa jawatan yang dipinta mungkin turut dikejar oleh puluhan atau ratusan graduan. Alamak, jadi macam mana nak jadi outstanding daripada calon yang lain, tanya anda.
Usah hilang punca! Kalau anda berfikir begitu, ini bermaksud anda serius dalam memburu perkerjaan. Berita baiknya adalah proses mencari kerja tidak berakhir selepas temuduga tamat. Masih ada lagi perkara-perkara penting yang perlu kita lakukan.
5 PERKARA YANG ANDA BOLEH LAKUKAN SELEPAS TEMUDUGA
![]() |
| Berdesup pulang ke rumah dan tunggu saja keputusan? |
1. “No duty is more urgent than that of returning thanks.”
Itulah pepatah dalam Bahasa Inggeris yang memberi maksud tiada perkara lain yang lebih penting dari mengucapkan terima kasih apabila diberi peluang.
Mereka yang mempunyai sikap rendah diri dan mesra akan sentiasa diingati. Hubungi dan ucapkan terima kasih kepada penemuduga dan bahagian sumber manusia mereka. Bukan membodek tetapi sebagai tanda berterima kasih atas kesudian mereka untuk memanggil anda untuk ditemuduga. Panggilan telefon, emel, surat, gunakan semua saluran yang ada.
Majikan mengambil pekerja baru bukan semata-mata berdasarkan rekod kerja dan prestasi, tetapi juga menitikberatkan sikap dan kebolehan bersosial. Jadi, gunakan peluang ini untuk membuat mereka kagum dengan usaha anda walaupun sesudah temuduga. Mana tahu, kalau anda tidak berjaya kali ini, mereka mungkin tergerak hati untuk menghubungi anda di masa hadapan!

| Apabila majikan terpesona dengan kualiti portfolio anda. |
3. Mohon untuk terus kekal berhubung
... dan ini bukan bermaksud di Whatsapp atau di Facebook… walaupun tiada siapa kata ia salah. Yang dimaksudkan di sini adalah kekalkan perhubungan secara profesional. Secara idealnya, di LinkedIn (kalau anda tiada akaun LinkedIn, mungkin sekarang adalah masanya!) sebagai contoh. Ini bukan sahaja mampu meluaskan jaringan profesional anda, malah anda mungkin akan kembali bertemu mereka di masa hadapan, sama ada dalam temuduga lain atau sebagai rakan sekerja! LinkedIn merupakan saluran yang sangat berguna untuk survival di dalam industri, jadi tak kira sama anda baru tamat belajar atau ingin bertukar kerja, LinkedIn merupakan ‘senjata’ utama anda! Buat yang tidak mengetahui, LinkedIn adalah seperti Facebook tetapi untuk tujuan profesional. Tanpa gosip, video kucing dan jemputan bermain Candy Crush.
![]() |
| Apabila jaringan profesional terjalin di LinkedIn. |
4. Buat susulan selepas seminggu dua temuduga tamat.
Ini merupakan sambungan daripada tip pertama. Tidak salah untuk bertanya keputusan kepada mereka. Anda ingin tahu keputusan temuduga anda dan ini adalah normal. Ini juga penting untuk memberitahu mereka anda serius tentang jawatan dipohon. Anda tidak ingin buang masa dan sekurang-kurangnya jika tidak berjaya, anda boleh memikirkan langkah seterusnya. Jika tidak berjaya, tanyalah kepada mereka apakah yang anda perlu perbaiki di masa hadapan. Tetapi jangan pula menghubungi mereka setiap hari kerana ia menjengkelkan.
![]() |
| Penantian akhirnya membuahkan kejayaan! |
5. Elakkan daripada bercakap atau komen tentang temuduga atau syarikat di rangkaian sosial
Ini penting! Di zaman serba canggih ini, majikan membuat pemeriksaan latar belakang calon di Internet sebelum menawarkan pekerjaan. Sekiranya anda mengatakan sesuatu yang kurang elok tentang mereka, anda mungkin menjejaskan peluang anda, apatah lagi jika anda sebenarnya melepasi temuduga dan mempunyai resume yang cemerlang. Majikan tidak mahu pekerja yang memburukkan syarikat, sudah tentulah mereka ingin elakkan daripada mempunyai calon yang yang serupa. Ingatlah, maklumat mengenai anda amat mudah didapati di Internet. Jadi, berfikir masak-masak sebelum meletakkan sebarang komen yang boleh menjejaskan peluang anda.
![]() |
| Gosip tentang temuduga tadi ke tu? |
Sebagai rumusannya, untuk bersaing dengan calon-calon lain, kita perlu menjadi proaktif dalam mengejar jawatan yang diingini. Kekalkan hubungan yang baik secara berterusan dengan bakal majikan dan tunjukkan minat untuk menyertai organisasi tersebut walaupun selepas proses temuduga. Namun demikian, lakukan dengan berhati-hati supaya anda nampak profesional.
Semoga panduan ini akan membantu anda dalam mengejar karier impian anda!
Wednesday, November 18, 2015
Motohunter 2
MotoGP Malaysia kembali pada tahun 2015. Hasil sambutan yang menggalakkan terhadap permainan video Motohunter pada tahun lepas, Petronas Motorsports sekali lagi ingin mengetengahkan permainan video. Hasilnya, Motohunter 2 menemui peminat sukan permotoran sebulan sebelum MotoGP Malaysia berlangsung.
Motohunter 2 merupakan versi baharu dan dinaiktaraf dari segi grafik dan permainan. Beberapa ciri-ciri baru diperkenalkan seperti power up dan invincibility shield, halangan seperti paku dan tumpahan minyak, syiling emas dan pelbagai peta baharu meliputi 7 peringkat. Jalan cerita permainan telah dikemaskini dengan fokus kepada bakat-bakat Petronas Talent Development.
Motohunter 2 adalah sebahagian daripada lanjutan kempen #mesticabarlagi Petronas.
Permainan Motohunter 2 terdapat di: http://motohunter2.com/
Tuesday, October 27, 2015
Zurich True Love Test
Apa itu cinta sebenar? Cukup sekadar menghantar mesej 'Saya cintakan kamu'? Atau berkongsi foto mesra anda berdua di Instagram? Zurich Insurance Malaysia berpendapat cinta sebenar adalah kesanggupan anda bersusah-payah melindungi mereka yang tersayang.
Kempen #truelove ini menghimpunkan 5 pasangan yang dijemput ke majlis jamuan di tengah hutan. Tanpa pengetahuan mereka, ini merupakan eksperimen untuk melihat sejauh mana cinta sebenar dibuktikan; dengan meredah lumpur! Ada yang marah, ada yang sporting, ada yang awal-awal lagi sudah mengalah. Di penghujungnya, cinta mengatasi segala selut dan lumpur.
Video ini merupakan pembuka kepada kempen #truelove 2015 yang disusuli dengan perkongsian daripada orang ramai tentang erti cinta sebenar menurut mereka.
Monday, March 16, 2015
PETRONAS Motohunter
Dengan MotoGP Malaysia 2014 yang semakin hampir, Petronas Motorsports merasakan pentingnya untuk rakyat Malaysia tahu yang pelumba-pelumba mereka terdiri daripada anak tempatan. Bertujuan untuk meraih sokongan rakyat Malaysia untuk mereka yang berlumba di tanah air, permainan online Motohunter telah diwujudkan. Ia merupakan sebahagian daripada kempen #mesticabarlagi yang turut melibatkan iklan radio dan cetak.
Motohunter adalah permainan video di Facebook berinspirasikan era gemilang permainan video 80an seperti Excite Bike, Battlecity, Karateka, Pac Man terutamanya dari segi grafik dan audio.
Motohunter memerlukan pemain mengumpul bahagian-bahagian motosikal yang terdapat di sekitar peta sebanyak 7 peringkat. Kejayaan menghabiskan permainan melayakkan pemain bergelar Motohunter terhebat. Permainan ini diselitkan dengan informasi berkaitan Petronas Motorsports, pelumba-pelumba dan juga nasihat keselamatan jalan raya.
Motohunter di Facebook: https://www.facebook.com/PETRONASMOTORSPORTS/app_1470802809847080

Sunday, August 24, 2014
Kasi Gegar: DM + Permainan Online Raya
Kasi Gegar merupakan inisiatif oleh McCann Kuala Lumpur sempena musim Raya 2014. Pek ini mengandungi mel terus (Direct Mail) dan Permainan Online yang ditujukan kepada klien McCann Kuala Lumpur.
Kasi Gegar bertujuan untuk mengingatkan semua orang yang Raya merupakan sambutan yang meriah dan perlu dikekalkan sebegitu. Meriam Buluh adalah antara elemen terpenting Raya, dan malangnya semakin dilupakan. McCann ingin mengembalikan nostalgia ini dan menjadikan Raya anda bingit dan bergegar!
Replika buluh yang diperbuat daripada party popper yang dibalut dengan rekaan seakan-akan meriam buluh. Mekanismenya menghasilkan letupan yang berinspirasikan meriam buluh. Kad ucapan yang disertakan turut bertindak sebagai tripod meriam. Kod QR dan URL telah diletakkan di kad dan meriam untuk penerima melayari ke laman web Kasi Gegar yang mempunyai permainan meriam buluh.
Kasi Gegar boleh dilayari di: https://kl.mccann.com/hariraya/

Kasi Gegar: DM
Splash screen
Menu permainan
Kasi Gegar telah dipaparkan di Marketing Magazine: http://www.marketingmagazine.com.my/index.php/categories/breaking-news/10342-explosive-hari-raya-greetings-from-mccann
Saturday, April 26, 2014
Jus Kreatif Bahasa Melayu Asli
Industri pengiklanan telah menjadi matlamat saya sekian lama, malah sewaktu saya masih di universiti. Dahulu, saya tidak kenal sesiapa langsung di dalam industri. Sewaktu saya masih mentah dan kurang arif tentang pengiklanan, saya mencuba nasib menghubungi beberapa Creative Director yang terkenal melalui cara konvensional iaitu mengutuskan resume melalui emel. Seperti dijangka, sangat sukar untuk mendapat respon dan saya merasakan satu-satunya cara untuk mendapatkan perhatian mereka hanyalah dengan cara yang berlainan. Jadi, terhasillah resume botol ini.
Beberapa botol telah dihasil dan dihantarkan sendiri ke beberapa agensi pengiklanan di Lembah Klang sewaktu musim Krismas 2011 yang dibungkus seperti hadiah Krismas. Salah satu botol ini tiba ke meja Executive Creative Director McCann Kuala Lumpur, Szu Lee Hung (kini di Merdeka LHS) dan saya ditawarkan bekerja mulai Januari 2012.
Botol ini melambangkan idea dan potensi saya sebagai penulis Bahasa Melayu. Isinya (merupakan 'pun' kepada creative juice) bersedia untuk saya curahkan kepada mana-mana jenama untuk diperkembangkan. Di bahagian label semuanya merupakan resume yang telah diringkaskan.

| Hadapan |
![]() |
| Belakang |
![]() |
Saturday, February 1, 2014
Tolong Beli Semua Barang Saya
Lanjutan dari siri kempennya yang pertama, OCBC Al-Amin masih cuba mendekati pasaran produk Tunai-i dan menjadikannya relevan di kalangan kumpulan sasaran Melayu. Masih dengan idea 'mencapai impian dengan cara mudah atau cara sukar', OCBC Al-Amin memerlukan hero di kalangan orang kebanyakan dan menjadikannya ikon untuk dicontohi.
Sarah dan bakerinya, Flavox Patisserie merupakan salah satu daripada ribuan bakeri kecil-kecilan yang beraspirasi besar untuk menjadi lebih berjaya. Dalam usahanya untuk mengumpul dana bakerinya dan kafe, Sarah bertindak menjual kesemua barang-barangnya melalui Facebook sehinggalah ditemui Zizan Raja Lawak yang memesan keknya pada suatu hari.
Hasrat beliau mendapat sokongan daripada Zizan yang mempromosikan projek 'Tolong Beli Semua Barang Saya' yang kemudian turut dibantu oleh OCBC Al-Amin menjayakannya. Penutup kepada kempen ini adalah kejayaan Sarah memilih jalan yang mudah untuk mencapai cita-citanya dengan memohon pembiayaan tunai-i OCBC Al-Amin.
Online

Lebih banyak foto di: https://www.facebook.com/flavoxpatisserie
Cetakan
Video (Facebook and Youtube)

Lebih banyak foto ground activation di sini: https://www.facebook.com/media/set/set=a.666424030069446.1073741835.203297819715405&type=3 atau di sini untuk video (termasuk vlog): http://www.youtube.com/user/flavoxpatisserie
Friday, January 31, 2014
Maxis: Ramadan/Raya 2013
Maxis kembali untuk kempen Ramadan/Raya pada 2013, dan mengetengahkan kanak-kanak sebagai fokus utama.
Apabila kita semakin dewasa, Raya dirasakan semakin hilang serinya dan tak lebih daripada sekadar bercuti. Zaman indah merayakan Ramadan dan Aidilfitri semakin pudar dari ingatan, dan kita bertukar mementingkan diri, sombong dan angkuh.
Maxis ingin mengembalikan nilai-nilai murni Aidilfitri yang kian dilupakan melalui kanak-kanak. Mengapa kanak-kanak? Kejujuran mereka dalam bertindak dan bercakap sebenarnya boleh dijadikan contoh untuk kita yang semakin melupakan signifikan Raya kepada diri, keluarga dan masyarakat. Siri kempen ini mengetengahkan nilai-nilai Kecekalan, Silaturahim dan Keprihatinan untuk direnungi bersama.
Ramadan (Penghujung)

Raya

Online (Youtube):
Kecekalan (Ramadan)
Keprihatinan (Ramadan)
Silaturahim (Ramadan)
Siaran (Raya)
Cetakan
Ramadan (Pertengahan)
Ramadan (Penghujung)

Raya
Subscribe to:
Posts (Atom)