Showing posts with label Game. Show all posts
Showing posts with label Game. Show all posts

Wednesday, November 18, 2015

Motohunter 2


MotoGP Malaysia kembali pada tahun 2015. Hasil sambutan yang menggalakkan terhadap permainan video Motohunter pada tahun lepas, Petronas Motorsports sekali lagi ingin mengetengahkan permainan video. Hasilnya, Motohunter 2 menemui peminat sukan permotoran sebulan sebelum MotoGP Malaysia berlangsung.

Motohunter 2 merupakan versi baharu dan dinaiktaraf dari segi grafik dan permainan. Beberapa ciri-ciri baru diperkenalkan seperti power up dan invincibility shield, halangan seperti paku dan tumpahan minyak, syiling emas dan pelbagai peta baharu meliputi 7 peringkat. Jalan cerita permainan telah dikemaskini dengan fokus kepada bakat-bakat Petronas Talent Development.
Motohunter 2 adalah sebahagian daripada lanjutan kempen #mesticabarlagi Petronas.


Permainan Motohunter 2 terdapat di: http://motohunter2.com/

Monday, March 16, 2015

PETRONAS Motohunter

Dengan MotoGP Malaysia 2014 yang semakin hampir, Petronas Motorsports merasakan pentingnya untuk rakyat Malaysia tahu yang pelumba-pelumba mereka terdiri daripada anak tempatan. Bertujuan untuk meraih sokongan rakyat Malaysia untuk mereka yang berlumba di tanah air, permainan online Motohunter telah diwujudkan. Ia merupakan sebahagian daripada kempen #mesticabarlagi yang turut melibatkan iklan radio dan cetak.

Motohunter adalah permainan video di Facebook berinspirasikan era gemilang permainan video 80an seperti Excite Bike, Battlecity, Karateka, Pac Man terutamanya dari segi grafik dan audio. 

Motohunter memerlukan pemain mengumpul bahagian-bahagian motosikal yang terdapat di sekitar peta sebanyak 7 peringkat. Kejayaan menghabiskan permainan melayakkan pemain bergelar Motohunter terhebat. Permainan ini diselitkan dengan informasi berkaitan Petronas Motorsports, pelumba-pelumba dan juga nasihat keselamatan jalan raya.


Motohunter di Facebook: https://www.facebook.com/PETRONASMOTORSPORTS/app_1470802809847080






















Sunday, August 24, 2014

Kasi Gegar: DM + Permainan Online Raya

Kasi Gegar merupakan inisiatif oleh McCann Kuala Lumpur sempena musim Raya 2014. Pek ini mengandungi mel terus (Direct Mail) dan Permainan Online yang ditujukan kepada klien McCann Kuala Lumpur.

Kasi Gegar bertujuan untuk mengingatkan semua orang yang Raya merupakan sambutan yang meriah dan perlu dikekalkan sebegitu. Meriam Buluh adalah antara elemen terpenting Raya, dan malangnya semakin dilupakan. McCann ingin mengembalikan nostalgia ini dan menjadikan Raya anda bingit dan bergegar!

Replika buluh yang diperbuat daripada party popper yang dibalut dengan rekaan seakan-akan meriam buluh. Mekanismenya menghasilkan letupan yang berinspirasikan meriam buluh. Kad ucapan yang disertakan turut bertindak sebagai tripod meriam. Kod QR dan URL telah diletakkan di kad dan meriam untuk penerima melayari ke laman web Kasi Gegar yang mempunyai permainan meriam buluh.

Kasi Gegar boleh dilayari di: https://kl.mccann.com/hariraya/







 Kasi Gegar: DM






 Splash screen






Menu permainan