Wednesday, November 18, 2015

Motohunter 2


MotoGP Malaysia kembali pada tahun 2015. Hasil sambutan yang menggalakkan terhadap permainan video Motohunter pada tahun lepas, Petronas Motorsports sekali lagi ingin mengetengahkan permainan video. Hasilnya, Motohunter 2 menemui peminat sukan permotoran sebulan sebelum MotoGP Malaysia berlangsung.

Motohunter 2 merupakan versi baharu dan dinaiktaraf dari segi grafik dan permainan. Beberapa ciri-ciri baru diperkenalkan seperti power up dan invincibility shield, halangan seperti paku dan tumpahan minyak, syiling emas dan pelbagai peta baharu meliputi 7 peringkat. Jalan cerita permainan telah dikemaskini dengan fokus kepada bakat-bakat Petronas Talent Development.
Motohunter 2 adalah sebahagian daripada lanjutan kempen #mesticabarlagi Petronas.


Permainan Motohunter 2 terdapat di: http://motohunter2.com/

Tuesday, October 27, 2015

Zurich True Love Test


 

Apa itu cinta sebenar? Cukup sekadar menghantar mesej 'Saya cintakan kamu'? Atau berkongsi foto mesra anda berdua di Instagram? Zurich Insurance Malaysia berpendapat cinta sebenar adalah kesanggupan anda bersusah-payah melindungi mereka yang tersayang.

Kempen #truelove ini menghimpunkan 5 pasangan yang dijemput ke majlis jamuan di tengah hutan. Tanpa pengetahuan mereka, ini merupakan eksperimen untuk melihat sejauh mana cinta sebenar dibuktikan; dengan meredah lumpur! Ada yang marah, ada yang sporting, ada yang awal-awal lagi sudah mengalah. Di penghujungnya, cinta mengatasi segala selut dan lumpur. 

Video ini merupakan pembuka kepada kempen #truelove 2015 yang disusuli dengan perkongsian daripada orang ramai tentang erti cinta sebenar menurut mereka. 
  

Monday, March 16, 2015

PETRONAS Motohunter

Dengan MotoGP Malaysia 2014 yang semakin hampir, Petronas Motorsports merasakan pentingnya untuk rakyat Malaysia tahu yang pelumba-pelumba mereka terdiri daripada anak tempatan. Bertujuan untuk meraih sokongan rakyat Malaysia untuk mereka yang berlumba di tanah air, permainan online Motohunter telah diwujudkan. Ia merupakan sebahagian daripada kempen #mesticabarlagi yang turut melibatkan iklan radio dan cetak.

Motohunter adalah permainan video di Facebook berinspirasikan era gemilang permainan video 80an seperti Excite Bike, Battlecity, Karateka, Pac Man terutamanya dari segi grafik dan audio. 

Motohunter memerlukan pemain mengumpul bahagian-bahagian motosikal yang terdapat di sekitar peta sebanyak 7 peringkat. Kejayaan menghabiskan permainan melayakkan pemain bergelar Motohunter terhebat. Permainan ini diselitkan dengan informasi berkaitan Petronas Motorsports, pelumba-pelumba dan juga nasihat keselamatan jalan raya.


Motohunter di Facebook: https://www.facebook.com/PETRONASMOTORSPORTS/app_1470802809847080