Showing posts with label Digital. Show all posts
Showing posts with label Digital. Show all posts

Wednesday, November 18, 2015

Motohunter 2


MotoGP Malaysia kembali pada tahun 2015. Hasil sambutan yang menggalakkan terhadap permainan video Motohunter pada tahun lepas, Petronas Motorsports sekali lagi ingin mengetengahkan permainan video. Hasilnya, Motohunter 2 menemui peminat sukan permotoran sebulan sebelum MotoGP Malaysia berlangsung.

Motohunter 2 merupakan versi baharu dan dinaiktaraf dari segi grafik dan permainan. Beberapa ciri-ciri baru diperkenalkan seperti power up dan invincibility shield, halangan seperti paku dan tumpahan minyak, syiling emas dan pelbagai peta baharu meliputi 7 peringkat. Jalan cerita permainan telah dikemaskini dengan fokus kepada bakat-bakat Petronas Talent Development.
Motohunter 2 adalah sebahagian daripada lanjutan kempen #mesticabarlagi Petronas.


Permainan Motohunter 2 terdapat di: http://motohunter2.com/

Tuesday, October 27, 2015

Zurich True Love Test


 

Apa itu cinta sebenar? Cukup sekadar menghantar mesej 'Saya cintakan kamu'? Atau berkongsi foto mesra anda berdua di Instagram? Zurich Insurance Malaysia berpendapat cinta sebenar adalah kesanggupan anda bersusah-payah melindungi mereka yang tersayang.

Kempen #truelove ini menghimpunkan 5 pasangan yang dijemput ke majlis jamuan di tengah hutan. Tanpa pengetahuan mereka, ini merupakan eksperimen untuk melihat sejauh mana cinta sebenar dibuktikan; dengan meredah lumpur! Ada yang marah, ada yang sporting, ada yang awal-awal lagi sudah mengalah. Di penghujungnya, cinta mengatasi segala selut dan lumpur. 

Video ini merupakan pembuka kepada kempen #truelove 2015 yang disusuli dengan perkongsian daripada orang ramai tentang erti cinta sebenar menurut mereka. 
  

Monday, March 16, 2015

PETRONAS Motohunter

Dengan MotoGP Malaysia 2014 yang semakin hampir, Petronas Motorsports merasakan pentingnya untuk rakyat Malaysia tahu yang pelumba-pelumba mereka terdiri daripada anak tempatan. Bertujuan untuk meraih sokongan rakyat Malaysia untuk mereka yang berlumba di tanah air, permainan online Motohunter telah diwujudkan. Ia merupakan sebahagian daripada kempen #mesticabarlagi yang turut melibatkan iklan radio dan cetak.

Motohunter adalah permainan video di Facebook berinspirasikan era gemilang permainan video 80an seperti Excite Bike, Battlecity, Karateka, Pac Man terutamanya dari segi grafik dan audio. 

Motohunter memerlukan pemain mengumpul bahagian-bahagian motosikal yang terdapat di sekitar peta sebanyak 7 peringkat. Kejayaan menghabiskan permainan melayakkan pemain bergelar Motohunter terhebat. Permainan ini diselitkan dengan informasi berkaitan Petronas Motorsports, pelumba-pelumba dan juga nasihat keselamatan jalan raya.


Motohunter di Facebook: https://www.facebook.com/PETRONASMOTORSPORTS/app_1470802809847080






















Sunday, August 24, 2014

Kasi Gegar: DM + Permainan Online Raya

Kasi Gegar merupakan inisiatif oleh McCann Kuala Lumpur sempena musim Raya 2014. Pek ini mengandungi mel terus (Direct Mail) dan Permainan Online yang ditujukan kepada klien McCann Kuala Lumpur.

Kasi Gegar bertujuan untuk mengingatkan semua orang yang Raya merupakan sambutan yang meriah dan perlu dikekalkan sebegitu. Meriam Buluh adalah antara elemen terpenting Raya, dan malangnya semakin dilupakan. McCann ingin mengembalikan nostalgia ini dan menjadikan Raya anda bingit dan bergegar!

Replika buluh yang diperbuat daripada party popper yang dibalut dengan rekaan seakan-akan meriam buluh. Mekanismenya menghasilkan letupan yang berinspirasikan meriam buluh. Kad ucapan yang disertakan turut bertindak sebagai tripod meriam. Kod QR dan URL telah diletakkan di kad dan meriam untuk penerima melayari ke laman web Kasi Gegar yang mempunyai permainan meriam buluh.

Kasi Gegar boleh dilayari di: https://kl.mccann.com/hariraya/







 Kasi Gegar: DM






 Splash screen






Menu permainan







Saturday, February 1, 2014

Tolong Beli Semua Barang Saya

Lanjutan dari siri kempennya yang pertama, OCBC Al-Amin masih cuba mendekati pasaran produk Tunai-i dan menjadikannya relevan di kalangan kumpulan sasaran Melayu. Masih dengan idea 'mencapai impian dengan cara mudah atau cara sukar', OCBC Al-Amin memerlukan hero di kalangan orang kebanyakan dan menjadikannya ikon untuk dicontohi.

Sarah dan bakerinya, Flavox Patisserie merupakan salah satu daripada ribuan bakeri kecil-kecilan yang beraspirasi besar untuk menjadi lebih berjaya. Dalam usahanya untuk mengumpul dana bakerinya dan kafe, Sarah bertindak menjual kesemua barang-barangnya melalui Facebook sehinggalah ditemui Zizan Raja Lawak yang memesan keknya pada suatu hari.

Hasrat beliau mendapat sokongan daripada Zizan yang mempromosikan projek 'Tolong Beli Semua Barang Saya' yang kemudian turut dibantu oleh OCBC Al-Amin menjayakannya. Penutup kepada kempen ini adalah kejayaan Sarah memilih jalan yang mudah untuk mencapai cita-citanya dengan memohon pembiayaan tunai-i OCBC Al-Amin.



Online





 








Lebih banyak foto di: https://www.facebook.com/flavoxpatisserie


Cetakan



Video (Facebook and Youtube)








Lebih banyak foto ground activation di sini: https://www.facebook.com/media/set/set=a.666424030069446.1073741835.203297819715405&type=3 atau di sini untuk video (termasuk vlog): http://www.youtube.com/user/flavoxpatisserie

Friday, January 31, 2014

Maxis: Ramadan/Raya 2013

Maxis kembali untuk kempen Ramadan/Raya pada 2013, dan mengetengahkan kanak-kanak sebagai fokus utama.

Apabila kita semakin dewasa, Raya dirasakan semakin hilang serinya dan tak lebih daripada sekadar bercuti. Zaman indah merayakan Ramadan dan Aidilfitri semakin pudar dari ingatan, dan kita bertukar mementingkan diri, sombong dan angkuh.

Maxis ingin mengembalikan nilai-nilai murni Aidilfitri yang kian dilupakan melalui kanak-kanak. Mengapa kanak-kanak? Kejujuran mereka dalam bertindak dan bercakap sebenarnya boleh dijadikan contoh untuk kita yang semakin melupakan signifikan Raya kepada diri, keluarga dan masyarakat. Siri kempen ini mengetengahkan nilai-nilai Kecekalan, Silaturahim dan Keprihatinan untuk direnungi bersama.


Online (Youtube):

Kecekalan (Ramadan)






Keprihatinan (Ramadan)




Silaturahim (Ramadan)





Siaran (Raya)





Cetakan


Ramadan (Pertengahan)



Ramadan (Penghujung)





Raya






Selangkah Menuju Impian Bersama Zizan

 

Sebagai sebahagian daripada perancangan jenama, OCBC Al-Amin bercadang untuk meluaskan pencapaian produk tunai-i kepada pasaran Melayu.

Cabarannya, pasaran ini kurang terdedah dan skeptikal dengan OCBC Bank/Al-Amin dan produk-produk ditawarkan.

 'Ini bank apa?'
'Syariah compliant tak?'

Bagi merapatkan kewujudan mereka kepada pasaran Melayu, OCBC Al-Amin memerlukan sesuatu yang berupaya 'bridging the gap'. Sesuatu atau seseorang yang berupaya mengubah persepsi dan menjadi ejen perubahan.

Zizan Raja Lawak merupakan calon yang paling sesuai untuk ini. Beliau dilantik sebagai Penasihat Impian Terunggul (diwujudkan khas sempena kempen ini) dengan menawarkan jalan penyelesaian kepada impian-impian yang dikongsi di Facebook OCBC Al-Amin. Khidmat nasihat Zizan menawarkan dua cara: capai impian dengan jalan ringkas atau sukar.





Respon daripada peminat Zizan dan OCBC Al-Amin adalah menarik dengan pelbagai impian dikongsi, daripada yang serius sehinggalah yang menggelikan hati.