Saturday, April 26, 2014

Jus Kreatif Bahasa Melayu Asli

Industri pengiklanan telah menjadi matlamat saya sekian lama, malah sewaktu saya masih di universiti. Dahulu, saya tidak kenal sesiapa langsung di dalam industri. Sewaktu saya masih mentah dan kurang arif tentang pengiklanan, saya mencuba nasib menghubungi beberapa Creative Director yang terkenal melalui cara konvensional iaitu mengutuskan resume melalui emel. Seperti dijangka, sangat sukar untuk mendapat respon dan saya merasakan satu-satunya cara untuk mendapatkan perhatian mereka hanyalah dengan cara yang berlainan. Jadi, terhasillah resume botol ini.

Beberapa botol telah dihasil dan dihantarkan sendiri ke beberapa agensi pengiklanan di Lembah Klang sewaktu musim Krismas 2011 yang dibungkus seperti hadiah Krismas. Salah satu botol ini tiba ke meja Executive Creative Director McCann Kuala Lumpur, Szu Lee Hung (kini di Merdeka LHS) dan saya ditawarkan bekerja mulai Januari 2012.

Botol ini melambangkan idea dan potensi saya sebagai penulis Bahasa Melayu. Isinya (merupakan 'pun' kepada creative juice) bersedia untuk saya curahkan kepada mana-mana jenama untuk diperkembangkan. Di bahagian label semuanya merupakan resume yang telah diringkaskan.



Hadapan


Belakang




No comments:

Post a Comment